Friday, 27 September 2013

ONCE SO CLOSE

Di satu hari sabtu minggu kedua, gua telah pergi ke pejabat pos di Bandaraya Kuala Terengganu untuk mengeposkan satu bungkusan cd punk ke Sweden. Oleh kerana gua pergi ke sana pada waktu tengahari, secara otomatiknya gua rasa hangat dan melekit satu badan. Tetapi apabila gua masuk aje ke dalam pejabat pos yang boleh tahan jugak ramai orang tu, gua terpandang satu entiti yang bisa membuatkan gua sejuk serta-merta.

Gua terpandang satu makwe kaunter ni, maybe ini makwe kaunter yang baru, pasal bulan lepas gua datang makwe ni takde lagi. Atau maybe masa gua datang time tu dia rehat dan pergi makan cempedak goreng kot. Itu tak penting, yang penting sekarang ni makwe tu bertugas di kaunter stamp dan timbang-timbang bungkusan. Dan di hadapan kaunter itulah gua tengah beratur sekarang.

Di hadapan gua, ada empat lagi makhluk yang maybe sama urusan dengan gua. Tapi gua tak ambik kisah sangat tentang yang empat orang tu, pasal hati gua tengah memuji kecantikkan ciptaan tuhan di depan gua tu. Orangnya berkulit putih langsat. Genit-genit seperti makwe korea. Senyumannya menampakkan sepasang lesung pipit, kata orang tua-tua kalo seseorang tu senyum nampak lesung pipit, maknanya itu memang bukan senyuman yang dibuat-buat. Tiada penafian disini, senyumannya memang manis, kalo tiap-tiap hari gua tengok senyuman semanis itu, pasti gua kena kencing manis nanti.

Makhluk yang empat orang kat depan gua tadi dah selesai dengan urusan masing-masing. Tibanya saat yang gua tunggu-tunggu. Gua letak bungkusan dan gua cakap,
"nak stamp", pendek aje. Itu strategi gua untuk konon-konon jual mahal dahulu.
Makwe tu senyum kat gua, kalo jantung gua jenis yang di tampal dengan gam aje, confirm dah luruh time tu.
Selepas di timbang berat bungkusan gua, makwe tu cakap.
"rm39.95 encik".
Gua bagi not merah empat keping, makwe tu senyum, kali ni gua dah tak tahu apa cerita jantung gua. Gua tengok makwe tu siap lekatkan stamp kat bungkusan gua tu. Part dia jilat-jilat stamp tu betul-betul menguji prinsip punk rock gua.

"okay, dah siap encik. Bungkusan ni tinggal kat sini ajelah", suaranya memang lemak manis di sukai ramai.
" tadi saya bagi Rm40, maknanya ada baki 5 sen lagi kan", kata gua cuba mendapatkan hak gua.
"ooooo kita takde duit syiling 5 sen lah sekarang, jadi kira Rm40.00 cukup ajelah", kata makwe tersebut.
"ini yang gua tak suka ni, kalo gua tak cukup 5 sen, Lu orang mintak. Kalo lu orang tak cukup pulak, boleh nak main cukup-cukupkan gitu aje", kata hati punk gua.

Hati gua jadi panas, suara gua terus memecah keheningan,
"ko bagi balik 5 sen aku,
Ko bagi balik 5 sen aku,
Aku tampor jugak ko karang!"

No comments:

Post a Comment