Wednesday 31 December 2014

KRITIKAN 3

31 dec 2014.
"""""""""""""""""
Aku Ingin sekali menetapkan azam aku untuk tahun 2015 adalah untuk menerbitkan buku!
Ya, aku rasa terpanggil sekali untuk menulis buku tentang PUNK, melalui kacamata aku. 

Tapi bila aku amati rata-rata minat (atau tidak minat) membaca di kalangan punk Malaysia ni, aku rasa aku harus kuburkan  azam aku yang itu. 
Keghairahan membaca di kalangan punk lokal masih di tahap membimbangkan. 

Sebuah buku lokal, harga puratanya sekitar rm20 senaskah. 
Ko sanggup beli dengan harga tu?
Sedangkan fanzine yang harga rm5 seketul pun tak ramai yang beli. 
Nak suruh beli buku yang berharga rm20?
Jangan harap!

Sebab punk lokal tidak membeli buku adalah kerana mereka kurang minat membaca. 
Bukannya langsung tak membaca...
Mereka juga membaca di FB, di twitter, di blog.....
Tapi membaca yang fizikal dengan yang maya, banyak bezanya. 
Membaca di atas talian, perhatian kamu akan mudah di larikan. 

Amati pula berapa banyak sisa yang tinggal dalam bentuk bacaan untuk punk lokal. 
Tak banyak bukan?
Aku salute sama geng Shock And Awe dan Mosh Zine (sekadar menyebut 2 nama). Antara fanzine punk yang masih mengeluarkan issue terbaru mereka. 
Walaupun jarak dari satu issue ke satu issue yang lain tu agak jauh, tapi kita harus faham, semua orang mempunyai komitmen lain di luar punk. 

Kenapa sekarang ni kelihatannya fanzine punk sudah hampir pupus?
Kerana tiada yang berminat membikinnya lagi. 
Kenapa tiada yang berminat membikinnya?
Kerana seolah-olah tiada yang mahu membacanya. 
Kerana isikandungannya insulting my intelligence. 

Kalo fanzine punk lokal pun tidak di baca Oleh punk lokal itu sendiri, siapa lagi yang patut membacanya?
Babi di hutan kah?

KRITIKAN #2

IGGY POP telah dinobatkan sebagai inventor/ pencipta/ pioneer aksi STAGE DIVE, apabila dia melakukanya di CBGB sekitar lewat tahun 70-an atau diawal tahun 80-an. 

Persoalannya; Betul ke?
Betul ke IGGY POP inventor kepada aksi tersebut?
Aku ada melihat gambar aksi-aksi hippies di acara Woodstock sekitar tahun 60-an. 
Hippies tersebut menari. 
Hippies tersebut stone. 
Hippies tersebut bugil. 
Dan ya, mereka juga melompat dari atas pentas ke atas penonton/hadirin acara, yang kemudiannya menyambut dan 'melayarkan' mereka. 

Ya, hippies tersebut ber-stage dive!
Aku juga ada temukan beberapa footage konsert, adegan hippies melompat dari atas pentas ke atas hadirin konsert. 
Tapi mengapa hippies tidak di rekodkan sebagai inventor kepada Stage Dive?
Mengapa IGGY POP yang mendapat gelaran itu?
Sedangkan ada lagi "regular joe" dari scene Punk yang stage dive lebih awal lagi dari IGGY POP. 

Pasal PUNK tidak bodoh!
Punk juga mahukan gelaran...
dan Punk tidak mahu regular joe di kaitkan dengan gelaran tersebut. 
Dan disini munculnya satu sosok yang bergelar IGGY POP!

Hail to the king IGGY!

Friday 5 December 2014

Ulasan TAIK zine.

Aku hampir gila untuk mengkategorikan zine ini datangnya dari genre apa. Ini suatu hasil penulisan yang unik. Sistem penomboran mukasuratnya pun sudah unik, dari muka pertama hingga ke mukasurat tengahnya dikira macam biasa, tapi selepas itu ianya dikira dengan kiraan menurun pulak. Dalam ertikata lain, penulisan zine ini berakhir dimana ianya bermula. Mungkin atas sebab itulah zine ini tidak ditandakan dengan issue yang ke berapa, walaupun secara tak formalnya ini adalah issue yang perdana. Tetapi tiada pengharapan untuk kesinambungan issue selepas ini. 

Tapi apa sebenarnya TAIK ni? Menurut editornya, ARIF AZIZIE zine TAIK ni mungkin mewakili satu sisi gelap sastera. Sisi yang jarang orang jumpa, aku sendiri pun baru pertama kali membaca penulisan yang sebegini. Jadi apa yang aku rasa? 'KELIRU', mungkin itu satu perkataan yang sesuai saat ini. Aku tak tahu samada aku menyukai stail penulisan sebegini atau tidak. Untuk 'masuk' kedalam karya sebegini, anda disarankan memiliki satu mood yang condong ke arah 'kenegatifan'. Sedih, terpencil, berdosa, putus harapan, kelam dan amarah mungkin antara beberapa perlambangan yang sesuai. 

Penulisan di dalam zine ini lebih bersifat catatan diari. Tapi diari siapa? Mungkin ada persamaan dengan diari seorang pembunuh bersiri. Mungkin luahan hati seorang yang hampir kehilangan unsur-unsur kesiumannan dari otak separa sedarnya. Dan tak mustahil juga ianya adalah luahan 'penggila-penggila' yang biasa berlegar sekeliling kita. 

Aku lebih mengagumi usaha editor ini dalam penghasilan zine ini. Penghasilannya juga agak Kemas. Memang aku tak akan berkata yang aku tak sabar menunggu issue seterusnya, tapi kalo issue selanjutnya melintas depan mata, aku tak akan teragak-agak mendapatkanya. 

Kita sudahi pandangan aku tentang zine ini dengan satu ayat terawal zine ini;
"Kepala otak imajinasi terhalang realiti jalang,
Dalamnya hingga terjumpa jerung raksasa megalodon,
Aku terasa mahu jadi anjing!"
Cari Ariff Azizi di Facebook untuk mendapatkan zine gila ni.
Selamat Gila!

Friday 21 November 2014

Ulasan SOAL JAWAP fanzine #1.

Aku mendapat zine ini secara trade dengan editornya Fifi semasa Kuala Lumpur Zine Fest baru-baru ini, dan ini adalah salinan ke-2/50. Kalo dilihat dari tajuk zine ini, mungkin anda semua boleh menafsirkan isi yang terkandung dalam zine ini. Ya! Ianya memuatkan interview secara perdananya dan sedikit ulasan. Ada tiga interview di dalam zine ini, iaitu dengan band punkrock kacak dari Sabah Con-Damn The Corruptor, dengan band DOSA dan juga personel dari Buku Jalanan Shah Alam. Aku dapati interview-interview ini okay-okay aje dan tidak membosankan. Tidak banyak yang dapat di kupas melalui interview diaorang ni, maybe diaorang still play-safe lagi. Aku biasa baca status yang Fifi tulis di FB, dan berdasarkan status-status tersebut aku yakin Fifi boleh buat hasil yang lebih baik lagi.

Kalo di tanya aku, kalo ada apa yang aku tak Suka dengan zine ini? Jawapan aku adalah PENAMPILANNYA! fanzine ini bersaiz A4, aku tidak suka dengan saiz yang sebegitu kerana bagi aku ianya kelihatan tidak kemas dan mudah rosak/koyak. Yang kedua aku nak komen pasal zine ni ialah kerana cover depannya yang tidak menawan kalbu:), hanya tulisan SOAL?JAWAP! sahaja terpampang berulang-kali di muka depan. Rasanya bukan sesuatu yang sukar untuk mencari mereka yang suka melukis/doodling di FB. Cuba Fifi dapatkan khidmat mereka untuk illustrasi muka depan zine ini di masa hadapan. Ada yang berbayar, dan ada yang percuma. Aku faham, cover depan tu biasanya hanyalah untuk hiasan sahaja, tapi ianya bisa aje mempengaruhi persepsi seseorang ke atas isi kandungan zine itu sendiri. Fanzine Norifumi pun bukanlah bagus sangat kalo nak diharapkan aku seorang saja yang membikinnya, tapi aku agak bernasib baik kerana mempunyai teman yang arif dalam bidang pembikinan fanzine ini.

Mungkin soal masa yang mengekang zine ini untuk tampil lebih mengancam. Aku harap untuk keluaran akan datang zine ini akan ada peningkatannya. Fifi, anda berada di landasan yang okay-okay sahaja sekarang ini. Teruskan bikin fanzine dan kita trade lagi di masa hadapan.

TELUR DARI SWEDEN.

Sekarang ni AbamBear dah kurang sangat terlibat dengan aktiviti sukan ni, tapi kalo korang nak tahu, masa sekolah rendah dulu Abam adalah juara acara sukan bawak telur dalam sudu selama 4 tahun berturut-turut!

Rahsianya; Abam sentiasa bawak telur spare:)





KEBASAHAN DI SWEDEN.
----------------------------.
Ada sekali tu, di malam final bolasepak, AbamBear pegi makan kat satu restoran yang Abam dah biasa pegi. Mungkin disebabkan ramai orang nak tengok bola kat restoran, terus membuatkan restoran tu penuh. Abam pun tak faham konsep orang Malaysia ni, yang pergi restoran pasal nak tengok bola. Sepatutnya pegi restoran untuk satu tujuan yang murni, iaitu makan.
Anyway, Abam dapat satu tempat duduk kat sebelah sinki. Tobat, langsung tak strategik, tapi itu aje pilihan yang ada. Macam biasa, Abam order nasi goreng Sweden kegemaran Abam, dan tengah-tengah best Abam makan tu Abam dapat rasakan terdapat percikan-percikan air menghujani tubuh Abam. Mungkin ini bahananya duduk dekat dengan sinki kot. Apa-apa hal pun, Abam terus rasa marah, perasaan bergelora dalam hati rasa cam nak carutkan aje orang yang membasahi Abam tu.
Abam memusingkan tubuh, memandang ke belakang, dan sekonyong-konyong ada seorang yang seiras-iras Liyana Fizi baru lepas basuh tangan kat situ. Dia cakap;
" Sorry Abam, tak sengaja", sambil tersenyum.

Serta-merta Abam relakan kebasahan yang terjadi tu. Jangan kata dia nak mandikan Abam aje, kalo dia siap nak sabunkan dan syampukan rambut kat dalam restoran tu pun Abam relakan:)

Friday 14 November 2014

KARUTAN ADA APA DENGAN CINTA 2014

Sebetulnya aku mahu menulis ini di laman Facebook aje, tapi aku tidak mampu (malas) untuk menulis sesuatu yang panjang sedikit dari kebiasaan di situ.
Jadi gimana persepsi kamu tentang Ada Apa Dengan Cinta 2014 (AADC) ? pertama kali aku menonton video yang berdurasi 10 minit lebih itu, satu perkataan aje yang timbul di benak ini tiba-tiba, "PENGKHIANATAN!"

"detik tidak pernah melangkah mundur",
Siapa bilang?
Ayuh kita kembali mengintai kurang-lebih 10 tahun lampau. (sebenarnya AADC yang pertama di riliskan sekitar 2002, menjadikan ianya sudah berusia 12 tahun sekarang ni, tapi naskah ini agak lewat sikit tiba di Malaysia, lewat dalam setahun gitu aje)
Tidak pasti samada naskah awal filem ini ada di tayangkan di pawagan-pawagan Malaysia semasa ianya masih panas dahulu, kerana aku mendapatkan vcd filem ini dari teman-teman di Johor. Di waktu itu zaman-zaman fanzine Roots tengah naik. Zaman-zaman "it's okay to be a bit emotional kot". Walaupun aku mendapatkan naskahku dari kalangan kawan-kawan hardcore punk di sana, AADC langsung tiada kaitan dengan hardcore punk. Pertama kali menonton filem ini, ada sedikit perasaan segan juga. Kisah-kisah percintaan remaja memang langsung tidak cocok dengan kehidupanku saat itu. Tapi ada satu perkara yang menarik perhatianku, iaitu perwatakan RANGGA!. Sosok ini tampaknya sedikit rebellious dan misterious gitu. Suka menyendiri dan tenggelam bersama 'AKU'. Sekurang-kurangnya wujud dua fenomena waktu itu;
Pertama, hampir semua penonton lelaki mahu menjadi Rangga.
Kedua, semua orang mahu mempunyai "AKU" mereka yang tersendiri. Dan "AKU" kepunyaan aku waktu itu adalah fanzine ROOTS! Hancur-lunyai jadinya kerana selalu di usung kesana-sini:)

Aku tidak mahu mengulas filem yang dah berusia 12 tahun itu, google aje, kamu pasti ketemukannya. Tapi aku mahu berkongsi sedikit atmosfera yang beredar sekelilingku saat itu. Filem itu di labuhkan tirainya dengan janji sajak yang Rangga tulis, menyatakan yang dia akan kembali dalam sepurnama kemudian. Sungguh manis, meninggalkan kita semua dengan happy ending. Khalayak sudah boleh keluar dari pawagan berpegangan tangan sambil tersenyum menuju kearah gerai kacang rebus.
"AKU" sudah menjadi sesuatu yang cool.
Sajak pun begitu!
Seharusnya AADC 2002 di kuburkan dengan hormatnya saat itu sebagai satu naskah kult (remaja).

Namun 12 tahun kemudian, tangan-tangan kapitalis ghairah meraba moment-moment indah kita semua. LINE mempersembahkan AADC 2014!, yang aku tonton bagaikan satu iklan komersil yang panjang. Satu iklan gabungan syarikat-syarikat keparat. Adakah ini iklan LINE? apakah ini iklan kamera? Atau jam? Atau juga budaya minum kopi? Dan dimana perginya kacang rebus itu?

Walaupun aku sentiasa menyumbatkan telingaku dengan muzik-muzik yang lantang dan keras, di tambah pula dengan pembawakan yang sedikit ganas (ehem-ehem), tapi sebenarnya aku sendiri mempunyai satu altar khusus didalam diri ini untuk naskah asal AADC, malangnya selepas lebih 10 tahun, nampaknya altar itu akan teroboh, oleh satu PENGKHIANATAN !

AADC 2014 adalah satu hasil yang tidak patut di luncurkan! Paling mengecewakan adalah watak Rangga. Rangga yang sekarang, bukanlah Rangga yang dahulu. Jarak masa lebih dari 10 tahun ini memang mampu mengubah seseorang. Seorang teman di Facebook , Salman Farris pernah menulis;
"dulu semua orang nak jadi Rangga,
Tapi aku cuma mahu jadi pakcik jual kacang rebus aje". Aku yakin Bang Man tidak merasa dikhianati saat ini.

Aku cuma mampu berharap, selepas ini tidak ada full version untuk AADC 2014 ini. 10 minit aje sudah cukup menghancurkan, apatah lagi kalo 1 jam lebih. Cuma ada 2 perkara yang aku dapati agak cool di sini;
Pertama, jacket kulit yang Rangga pakai di pengakhiran cerita ini.
Kedua; bait-bait ini:-
"waktu tidak pernah berjalan mundur,
Dan hari tidak pernah terulang,
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru".

Untuk semua pertanyaan yang belum terjawab.

Thursday 6 November 2014

ULASAN DSS ZINE #0

D.S.S. bersamaan dengan Dead Sick Society, yang kalau di nilai dari nama zine ini mungkin kita boleh mengharapkan satu kritikan sosial yang bertalu. Apa benar itu? Ada apa pada nama?
Ayoh ikuti aku menyelak serba-sedikit zine yang baru tiba petang tadi ni. Aku mengambil masa sejam lebih sedikit untuk mengenalpasti zine ni, bukan kerana ianya nipis (sangat), tapi mungkin kerana zine ni bukannya di muatkan penuh dengan penulisan. Ianya juga di campur-gaul dengan illustrasi-illustrasi yang mungkin lebih elok kalo kita dengar sendiri penjelasan maknanya dari pembikinnya. Juga ada sajak-sajak (yang belum aku fahami maksudnya) dan penulisan-penulisan yang tidak membosankan.
Ada satu cerpen yang di muatkan di dalam zine ini yang bertajuk Kehinaan Yang Ironi. Pada mulanya aku ingatkan ianya satu cerpen yang berkisahkan Aku Seekor Kucing, rupa-rupanya ianya adalah Aku Seekor Gagak, itupun disaat-saat perkataan 'sayap'tu keluar baru aku mengesyakinya, mana mungkin kucing memiliki sayap kan? Melainkan kalau kucing dari neraka:) ralit juga membaca cerpen ini sebenarnya, walaupun ianya sekadar ringan-ringan aje.
Mohon ampun tuan editor, tapi aku masih merasakan zine ni masih "ringan-ringan", tapi adakah bermakna ianya tidak bagus?
Bagus atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada persepsi dan kecenderungan kamu, jadi kamu dapatkanlah zine ni dan nilaikan sendiri. Bagi sebuah permulaan, aku melihat zine ini sedang cuba membina denai-denai ke arah menjadi zine sastera atau art yang "promising"(apa ye perkataannya dalam BM:)). Usaha yang tak seharusnya mati di tengah jalan, teruskan berkarya!
On personal case, editor zine ni mengirimkan zine ni kat aku menggunakan sampul Poslaju yang berharga RM6, sebenarnya Fauzan boleh gunakan khidmat sampul PosExpress yang berharga RM3.50 tu, lagi menjimatkan. Aku pun dah lupa harga zine ni, so korang boleh try berhubung dengan :-
Facebook.com/uchanyfauzan
Facebook.com/tajrin faruqi

Thursday 10 July 2014

ANUAR ZAIN PEGI SWEDEN

Petang tu gua berpoya-poya lagi dengan man Dolphin, di atas wakaf tepi masjid tu. Lokasi tempat berpoya-poya pun dah menunjukkan yang kitaorang ni mempunyai wawasan. Sambil-sambil mengelap dan mengilatkan rim motorsikal EX5- nya tu, mulut Man Dolphin galak bercerita. Gua pun tak pasti, Man tu bercerita kat gua atau kat motorsikalnya. Gua layankan aje sambil baca suratkhabar Metrok yang 2 hari lepas punya tu. Entah sapa yang tinggal kat atas wakaf ni pun gua taknak ambik tahu. Tangan Man tekun bekerja, begitu juga dengan mulutnya.
"Aku perhatikan masyarakat kita ni suka sangat mengata-ngata kat orang lain"
antara point terawal Man yang mengalahkan stail AJK surau tu.
Man Dugong terus menyambung;
"Diaorang tu tak boleh tengok orang lain "pelik" sikit, terus dikutuk, di jadikan bahan ejekkannya. Kalo yang berisi, di kata "si gemuk", yang kurus di kata "cicak kobeng", yang hitam kalo tak di kata "Negro" dikata pula "orang minyak". Kalo mata sepet sikit terus di katakan "Apek"........
Belum sempat Man Dolphin nak sambung teori konspirasinya tu, gua mencelah;
"Diaorang tu ada jugak kata kat gua, tapi gua buat malas nak layan je".
Man bertanya;
"Diaorang kata apa?"
Mata gua terus sambung baca laporan kes tidak bermoral dalam Metrok tu, gua jawap;
"Diaorang kata gua ni cam ANUAR ZAIN".
pendek aje gua jawap, serta-merta gua dengar bunyi enjin motorsikal Man Dolphin bercampur-baur dengan carutan-carutan Man yang epik itu.

Saturday 15 March 2014

5)HELLSHOCK- ONLY THE DEAD KNOW THE OF WAR.

Dengan tajuk-tajuk seperti Walking Death, World Darkness dan Ghost Of The Past, anda hampir pasti dapat meneka jenisan music yang terkandung dalam tape dari band yang asalnya Portland ini. Yup! Crust dengan begitu banyak sekali unsur-unsur guitar solo dan riff-riff yang lebih cocok di tampilkan dalam album awal Rotting Christ! Mungkinkah aku tidak akan mengemarinya? Hell no, malahan ini adalah antara tape yang menjadi pilihan aku anytime.

Berundur kepada sejarah awal tape ini, sebenarnya tape ini di re-riliskan di Malaysia oleh Disarmament Records, tape yang versi asalnya adalah dari Yellow Dog Records yang di keluarkan sekitar tahun 2003, bermakna sudah lebih 10 tahun rilisan ini di hasilkan namun ianya masih tidak dimakan zaman. Selepas menghasilkan album ini, Hellshock ada banyak lagi meriliskan buah tangan yang jitu di bawah berbagai label termasuklah di bawah label punx berwibawa Profane Existence. Hellshock di dalam album ini di barisi oleh bukan orang yang calang-calang, dan mereka tu termasuklah anggota band-band seperti Atrocious Madness, Tragedy, Remains Of The Day dan ada lagi. Dan apa yang aku dengar, pengaruh Tragedy lah yang agak menonjol di sini. Kalo untuk di buat persamaan ke atas band-band terdahulu, mungkin Amebix adalah agak selari. Sound-sound yang gelap, seolah-olah dunia tiada harapan lagi. Jika soundnya sendiri sudah gelap dan kelam, maka lyricsnya sendiri akan menceritakan tentang kemusnahan dunia akibat kerakusan manusia.

Melengkapi pakej kegelapan ini adalah cover artwork yang begitu sesuai sekali dengan temanya. Juga di inlay tape hitam-putih ini di sertakan sekali lirik, gambar band, serta alamat band ini. Secara peribadi, metal yang total kadang-kadang agak membosankan, tapi dengan adunan dan olahan seperti album ini bisa menghasilkan refleksi anggukan kepala bertali-arus di luar sedar. Di umpamakan album ini seperti satu kediaman, maka di situlah aku Akan berada. Padu!



Thursday 27 February 2014

4)DARKTHRONE- THE UNDERGROUND RESISTANCE.

Darkthrone adalah sebuah band yang sentiasa berevolusi soundnya, dan black metal adalah yang paling lekat dengan band ini. Sound black metal klasick dari album seperti A Blaze In The Northern Sky dan Transvalnian Hunger contohnya sudah menjadi trademark duo dari Norway ini. Tapi dengan beredarnya album terbaru diaorang ni yang berjudul The Underground Resistance, satu anjakan sound yang agak jauh telah di laksanakan jika di bandingkan dengan album trademark black metal mereka.

Untuk album terbaru ini, bagi aku lebih banyak unsur NWOBHM di tampilkan. Bagi mereka yang senantiasa mengikuti perkembangan Darkthrone, mungkin ini bukan suatu yang mengejutkan kerana unsur-unsur ini telah sedia di tampilkan dalam album-album sebelum ini, cuma ianya dalam amaun yang sedikit sahaja, untuk rujukan sila dengar album sebelum ini seperti The Cult Is Alive, F. O. A. D, dan untuk lebih unsur metalpunk dan crustypunk, sila dengar album Circle The Wagons dan Darkthrone And Black Flags yang telah di gaul dengan cukup sebati dengan black metal.

Berbalik kepada album The underground Resistance ini, recording soundnya masih lagi primitive, sangat cocok sekali dengan Darkthrone, aku lebih sukakan sound yang sebegitu. Permainan drum Fenriz pun lebih bervariasi, mungkin boleh aku katakan lebih groovy. Penggunaan teknik clean vocal adalah semakin meluas, bukan clean yang terlalu clean, tapi clean yang gruff. Pengaruh Motorhead memang ada, tapi yang agak surprise tu untuk track terakhir terdapat guitar riff yang mempunyai persamaan dengan guitar riff Enter Sandman dari band Metallica, tapi jangan bimbang ianya sedikit sahaja. Sama macam album The Cult Is Alive yang ada satu guitar riff tu yang agak sama dengan guitar riff Smoke On The Water, itupun anda kena mendengarnya dengan teliti kerana sound album darkthrone senantiasa di primitive kan.

Jika anda mendapatkan album ini dan mengharapkan Darkthrone meriliskan Transilvanian Hunger musim kedua, anda sememangnya akan kecewa, and it's not surprise if you gonna hate this immediately. Selepas jasa dan dedikasi Darkthrone terhadap dunia underground, music dan lifestyle mereka, Darkthrone bagi aku dah sampai satu tahap yang mereka dah boleh buat album yang bagaimana stailnya yang mereka mahu, tanpa risau di label sold-out or even worse Traitor. But if in the next album they start to rapping in some songs. I'll re-consider my thought:). The most stand out track for me, surprisingly were second track called Valkyrie. After a couple of listen, the chorus start to played on my head over and over, really addictive track.

One of the best treasure from last year. I've gave this four stars out of five or maybe four upside down cross. Thanxs alots Fenriz and Nocturnal Culto for the inspirations!

Saturday 15 February 2014

3)KASIH SAYANG- SPOONFEEDING THE NATION.

Untuk album KASIH SAYANG keluaran RONIN RECORDS yang bernombor RR09 ini ianya di tulis sebagai "KASIH SAYANG dan kawan-kawan", ini kerana rilisan kali ini banyak menampilkan kawan-kawan rapat dalam pembikinan album ini. KASIH SAYANG yang berasal dari Kuala Terengganu ini, dan sadly aku rasa dah berkubur, di depani oleh dua orang adik-beradik iaitu Fazri dan Shabri yang memikul posisi bass dan gitar/vokal. Manakala pada posisi drum yang cemerlang pula di uruskan oleh Apih. Bagi aku ini adalah line up KASIH SAYANG yang terbaik sekali, mungkin aku sedikit tidak menyukai band lama yang menampilkan muka-muka baru.

Sebelum ini pun aku dah pernah review rilisan ni dalam zine, tapi bila aku try cari review untuk rilisan ini di internet, jawapannya memang mengecewakan, sebab itulah aku cuba untuk mendokumentasikannya sekali lagi. Band KASIH SAYANG dahulu adalah satu band yang aktif di kuala Terengganu, dan oleh kerana aku di beri kesempatan untuk mengenali band ini dengan lebih intim, ianya akan memberi pengaruh yang baik jika aku terus mengulasnya. Namun, apa kata selepas ini kita pergi secara ringkas tentang tracks yang ada dalam album klasik ini.

Kaset ini di mulakan dengan side yang di namakan SIDE KASIH, dan ianya di mulakan dengan satu introduksi yang agak pendek, tapi ianya semacam satu gambaran untuk apa yang akan pendengar tempuhi selepas itu. Lagu QUESTION 2003, menarik, siap dengan gang vocal yang bersahut-sahutan. Jugak menampilkan attack drum yang menarik. Track ketiga, SPEECH FREE, bermula dengan stail gitar yang agak malas, tapi di bina kukuh pula dengan serangan drum yang bagus dan jeritan yang menggila. Track keempat, (I)KUT (S)UKA (A)KU pula masih mengekalkan serangan-serangan sonik mereka sebelum ini. Track kelima, CHALLENGE, adalah salah satu contoh yang untuk menjadi brutal, kita tidak semestinya perlu berterusan menyerang. Cuma kita perlu tahu part untuk menyerang, dan di mana untuk berjoget. Track keenam, LAGU RAKYAT, ianya masih lagi dengan sisa-sisa lagu challenge sebelumnya tadi, tapi yang ini dengan clean vocal dan lirik berbahasa Malaysia. Di selang-selikan dengan bacaan sajak yang membakar semangat. VITAMIN M, merupakan track yang ke tujuh dan ianya datang dari kelompok mincing yang boleh berjoget, dengan paduan vocal yang histeria. Aura dari track ketujuh di bawa pula ke track selepas itu, FAKE, masih lagi boleh berjoget, tapi yang ini terbahagi kepada dua part, part berjoget dan part menggilis! BUMI MERETAK mengakhiri side KASIH di mana di sini KASIH SAYANG seolah-olah membuang semua pengaruh mincecore mereka dan pergi kearah akustik. Ini betul-betul lagu rakyat.

Side yang satu lagi pula di gelar SIDE SAYANG, dimulakan dengan lagu PINHOLE, ianya dah macam lagu surf pun ada intronya, namun di sudahi dengan trademark band KASIH SAYANG itu sendiri. Disusuli pula dengan REAL ENEMY, lagu saduran dari band THE BUSINESS, yang di tambah perisa KASIH SAYANG. Sudah tentu part "real enemy, real enemy", tu menjadi pilihan untuk di lagukan beramai-ramai. Budak-budak skinhead pun respek kat band KASIH SAYANG ni pasal lagu ni lah. Lagu LEFT HAND GIVE.... adalah sambungan serangan sonik mincecore bertalu-talu. Lagu keempat, RES EXTENTIA mempunyai intro yang seperti genre sludge gitu, tapi di sudahi dengan trademark KASIH SAYANG. BLAST selepas itu pula adalah lagi pesta serangan mincecore, tapi yang ini dimula dan di akhiri dengan bacaan yang ala-ala sajak gitu oleh Nizang Mosh yang sangat marah-marah. WE SUCCUMB adalah pilihan terbaik bagi aku. Lagu yang di mulakan dengan stail plucking gitar, lepas tu lagu tu terus di bina dan di bina. Drumworks yang terbaik dan berbagai stail juga boleh dikesan di sini, bagi aku Apis adalah antara drummer yang terbaik. Lagu ni siap ada solo-solo gitar dan crew yang singalong. Clean vocal yang seolah-olah membaca sajak. Jika semua lagu di dalam album ni boleh diibaratkan seperti sekawan serigala, maka WE SUCCUMB adalah serigala jantan yang mengetuai gerombolan ini. Side SAYANG di tutupi oleh track yg di panggil IM NOT, satu track yang paling pelik dan berbeza dari track-track yang sebelumnya. Ianya lebih kepada bacaan sajak, atau sedang bermonolog gitu.

Packaging rilisan ini juga menarik, di sertakan sekali dengan booklet yang mengandungi lirik-liriknya. Cover kasetnya yang ada sedikit kaler-kaler mungkin sedikit lari dari konsep cover kaset band-band crusty punk pada masa itu, tapi KASIH SAYANG bukanlah sebuah band yang tipikal. Walaupun dah masuk puluh tahun rasanya kaset ni di riliskan, setiap kali aku mendengarnya ianya semakin merebak dalam diri. Satu lagi yang ketara dalam kaset ni adalah suara-suara Nizang Mosh, sesungguhnya Nizang mempunyai trademark suara yang tersendiri:) aku sarankan jika generasi sekarang terlintas rilisan ini di depan mata, baik lekas-lekas menyambarnya. Kalo tidak, menyesal nanti:) klasik dan terbaik. Nuff said!

Friday 7 February 2014

ATOMICDEATH-MISSILE MASSACRE EP

Okay, salah satu lagi rilisan yang dah lama rilis, tapi bagi aku ianya agak berpengaruh
bagi scene Malaysia ni. Kaset EP ni di keluarkan oleh Black Konflik Records pada tahun 2009, dengan nombor sirinya BKR039. Apa yang aku ada di sini adalah kaset yang berwarna jernih, yang di tampal sticker di atasnya, dan aku rasakan itulah satu-satunya versi yang ada. Atomicdeath yang dah pernah tour Europe ni, bersama-sama band crust/dbeat Apparatus adalah terdiri dari ahli band (pada masa pembikinan EP ini) Apparatus dan DCA. Band yang berHQ di Shah Alam, Selangor ni mengaulkan elemen crust dan thrash dalam musik mereka dengan begitu seimbang sekali. EP yang hanya memuatkan 4 buah lagu ini juga di datangkan dengan pakej yang lengkap! Dengan lirik lagu, gambar band, alamat dan cover yang begitu terasa sekali aura thrashy crust nya.

Apa yang aku tahu, selain dari EP ini Atomicdeath juga ada rilisan split dengan band Bloodstone yang bertajuk "hellish Nuclear Destruction", tapi yang itu di keluarkan dalam bentuk CD, dan yang terbaru adalah rilisan dalam bentuk 7" vinyl. Untuk masa sekarang ni, atomicdeath adalah antara band yang di segani di Malaysia, dan aku rasa aku tahu kenapa. Adalah perlu untuk aku mengulas bunyi-bunyian yang di tampilkan dalam EP ini? Rasanya tidak perlu sangatlah, cukup kalo aku katakan jika korang minat dengan sound thrash dan crust, ini adalah satu lagi rilisan kaset yang wajib ada dalam koleksi korang. Sesungguhnya aku sendiri pun tak sangka EP ini sebegini bagus. Untuk mereka yang baru nak mencuba cari kaset ini, aku rasa Basement Records masih menjualnya. Cargas bos!

Sunday 2 February 2014

BLACK SHAPE OF NEXUS- MANNHEIM.

Kaset ni memang dah lama di riliskan oleh QSD Records, cuma aku aje yang baru mengdokumentasikannya di sini. Black Shape Of Nexus yang juga di kenali dengan nama B. Son ini di tubuhkan sekitar tahun 2005 di Mannheim, Germany dan mereka adalah masih aktif sehingga sekarang. Album Mannheim ini boleh di klasifikasikan sebagai satu rakaman live mereka at their own hometown. Agak menarik konsep menamakan sesuatu album itu dengan nama tempat kelahiran band itu sendiri. Dapat juga mempromosikan nama tempat itu sendiri, kalau bukan di sebabkan album ini maybe aku sendiri sampai ke saat ini tidak tahu yang Mannheim tu sebenarnya terletak kat Germany, itulah antara kelebihan scene hc/punk ini, ianya mengajar kita tentang geografi, walaupun di luar sedar kita.

Dari segi music, B.Son tergolong di kalangan Sludge, Doom. Dengan alunan yang malas dan sendat menyelimuti penganutnya dengan suasana kelam, gelap, suram dan murung. Walaupun Mannheim ni adalah rakaman live, tapi tiada langsung dapat kupingku menangkap bunyi tepukan atau sorakan. Mungkin keraian di persembahan band sludge agak berbeza dengan suasana di persembahan hc/punk. Mutu rakaman juga bagus, sebagus 5 bintang tarafnya. Semua bunyi instrument boleh di dengari dengan seimbang. Semua memainkan peranan masing-masing dengan baik. Kalo di ikutkan diskografi mereka, B.Son ni telah mempunyai 8 rilisan dengan yang terbaru pada tahun 2014 ni iaitu rilisan split dengan band Lazarus Blackstar

Di beritakan album Mannheim ini telah lama sold-out, cumanya aku kurang pasti samada masihkah ada lagi versi tape yang lain selain dari yang di dokumentasikan oleh aku ini. Versi kaset yang aku ada sekarang ni adalah dengan kaset berwarna hitam, dan ada cetakan putih di atas kaset tu, malangnya cetakan di atas kaset tu sungguh teruk sekali. Maksud aku cetakan di atas kaset tu yang teruk, bukannya mutu rakaman atau persembahannya yang teruk. Seperti yang aku jelaskan terlebih dahulu tadi, mutu rakaman dan persembahannya adalah terbaik. Kaset ini dikeluarkan pada 2010, tapi pada awal 2012, Wolfbiker Records telah meriliskan semula album ini dalam bentuk digipak CD pula.

Bagi aku, kaset ini wajib ada dalam koleksi kolektor-kolektor kaset sekalian. Walaupun cover album memang entah apa-apa tak menarik langsung, dan band six-piece ini tidak mempunyai paras rupa yang memberangsangkan, tapi apa yang akan keluar dari corong-corong speaker nanti boleh di ibaratkan sebagai klimaks yang tiada penghujungnya!