Sunday 4 January 2015

KRITIKAN #4.

Macam yang aku pernah tulis dulu, fanzine yang pertama sekali aku  beli adalah HEARTCORE zine. Harga dia time tu sekitar rm3 aje seketul. 
Tu masa lebih dari 10 tahun lampau. 

Sekarang ni, 2015, aku dapati masih ada lagi fanzine punk yang di jual sekitar harga tu. 
atau Up sikit jadi rm5 seketul!

Adakah menjadi satu 'dosa besar' jika sesuatu fanzine punk itu di jual mahal?
"Mahal" di sini sebenarnya  tak mahal mana pun. Kalo 10 tahun lepas harganya  rm3 seketul, rasanya takde masalah sekarang ni kalo nak jual rm10 seketul. 
Kalo nak di bandingkan dengan 10 tahun lepas, semua benda dah naik harga sekarang ni. 
Semua benda. 
Bukan sahaja barangan keperluan untuk buat zine dah naik harga, tapi barangan untuk meneruskan kelangsungan hidup pun turut di heret naik sekali. 

Kalo dulu, nak pos fanzine sekitar Malaysia ni stampnya cuma 50 sen sahaja, tapi sekarang rm1 pun maybe tak lepas. 
Tu belum kira lagi kalo guna perkhidmatan Poslaju. 
Poslaju pun dalam tahun 2014 yg lepas tu dah berapa kali naik kadar bayarannya. 

Dulu aku isi minyak moto aku rm3 dah penuh tangki. 
Kelmarin, aku isi minyak rm6 pun belum penuh lagi. 
Apa punk punya hujah lagi untuk mengekang kenaikan harga zine ni?

Trend sekarang ni, COMIC ZINE!
Aku rasa diaorang ni cerdik, bab pemasaran.
Atau mungkin diaorang ni tak mementingkan sangat konsep "keep the price low" ni. 
Comic zine, selamba aje jual naskah diaorang dengan harga rm10 sebijik, walaupun ketebalannya kurang-lebih aje dengan zine punk yang berharga rm5 seketul. 
Mungkin diaorang ni ada semangat "kollektor items". 
So harga bukan permasalahan besar buat diaorang. 
Mungkin lah... Mungkin. 
Aku pun bukannya dengki dengan diaorang tu. 

Tapi kalo di lihat semula ke dalam scene punk, maybe hanya scene Fanzine aje yang yang kurang anjakan besar dari segi harganya. 
Harga kaset tape pun dah naik. 
Dulu harga "pay no more than Rm5", sekarang dah 7,8 ringgit harganya. Itu belum kira harga kalo beli melalui pos lagi. 

Apa punk ini tidak punya wang untuk beli fanzine pada harga yang sepatutnya?
Mungkin juga tidak!
Punk mampu beli piring hitam LP pada harga rm70-rm100 sekeping. 
Punk boleh beli DocMart dengan harga ratus-ratus. 
Jacket kulit pun tak kurang hebat harganya....
Tapi kenapa punk tak boleh support sesebuah fanzine yang di jual diluar harga "biasa"?
Fanzine yang mendokumentasikan counterculture punk itu sendiri. 

Ini bukan persoalan fanzine editor nak buat untung atau apa. 
Konsep kalo ko buat zine bermodalkan rm2 seketul, maka ko patut jual sekitar harga rm3-rm4 aje seketul itu sudah tak boleh di guna pakai lagi. 
Punk perlu study "teori ekonomi" ni. 
Duit yang kita guna untuk beli fanzine (atau menghasilkannya) atau "barangan scene yang lain", langsung takde bezanya dengan duit yang kita beli roti canai, atau susu anak. 

Editor zine tu pun orang biasa jugak, kalo setiap masa dia "terpaksa" memberi aje, lama-kelamaan dia akan putus asa!
Try tengok sekarang ni, dah ramai mana editor zine yang lenyap. 
Time tu punk nak harapkan siapa mendokumentasikan counterculture ni?

Abang Ron?:)