Wednesday 31 December 2014

KRITIKAN 3

31 dec 2014.
"""""""""""""""""
Aku Ingin sekali menetapkan azam aku untuk tahun 2015 adalah untuk menerbitkan buku!
Ya, aku rasa terpanggil sekali untuk menulis buku tentang PUNK, melalui kacamata aku. 

Tapi bila aku amati rata-rata minat (atau tidak minat) membaca di kalangan punk Malaysia ni, aku rasa aku harus kuburkan  azam aku yang itu. 
Keghairahan membaca di kalangan punk lokal masih di tahap membimbangkan. 

Sebuah buku lokal, harga puratanya sekitar rm20 senaskah. 
Ko sanggup beli dengan harga tu?
Sedangkan fanzine yang harga rm5 seketul pun tak ramai yang beli. 
Nak suruh beli buku yang berharga rm20?
Jangan harap!

Sebab punk lokal tidak membeli buku adalah kerana mereka kurang minat membaca. 
Bukannya langsung tak membaca...
Mereka juga membaca di FB, di twitter, di blog.....
Tapi membaca yang fizikal dengan yang maya, banyak bezanya. 
Membaca di atas talian, perhatian kamu akan mudah di larikan. 

Amati pula berapa banyak sisa yang tinggal dalam bentuk bacaan untuk punk lokal. 
Tak banyak bukan?
Aku salute sama geng Shock And Awe dan Mosh Zine (sekadar menyebut 2 nama). Antara fanzine punk yang masih mengeluarkan issue terbaru mereka. 
Walaupun jarak dari satu issue ke satu issue yang lain tu agak jauh, tapi kita harus faham, semua orang mempunyai komitmen lain di luar punk. 

Kenapa sekarang ni kelihatannya fanzine punk sudah hampir pupus?
Kerana tiada yang berminat membikinnya lagi. 
Kenapa tiada yang berminat membikinnya?
Kerana seolah-olah tiada yang mahu membacanya. 
Kerana isikandungannya insulting my intelligence. 

Kalo fanzine punk lokal pun tidak di baca Oleh punk lokal itu sendiri, siapa lagi yang patut membacanya?
Babi di hutan kah?

KRITIKAN #2

IGGY POP telah dinobatkan sebagai inventor/ pencipta/ pioneer aksi STAGE DIVE, apabila dia melakukanya di CBGB sekitar lewat tahun 70-an atau diawal tahun 80-an. 

Persoalannya; Betul ke?
Betul ke IGGY POP inventor kepada aksi tersebut?
Aku ada melihat gambar aksi-aksi hippies di acara Woodstock sekitar tahun 60-an. 
Hippies tersebut menari. 
Hippies tersebut stone. 
Hippies tersebut bugil. 
Dan ya, mereka juga melompat dari atas pentas ke atas penonton/hadirin acara, yang kemudiannya menyambut dan 'melayarkan' mereka. 

Ya, hippies tersebut ber-stage dive!
Aku juga ada temukan beberapa footage konsert, adegan hippies melompat dari atas pentas ke atas hadirin konsert. 
Tapi mengapa hippies tidak di rekodkan sebagai inventor kepada Stage Dive?
Mengapa IGGY POP yang mendapat gelaran itu?
Sedangkan ada lagi "regular joe" dari scene Punk yang stage dive lebih awal lagi dari IGGY POP. 

Pasal PUNK tidak bodoh!
Punk juga mahukan gelaran...
dan Punk tidak mahu regular joe di kaitkan dengan gelaran tersebut. 
Dan disini munculnya satu sosok yang bergelar IGGY POP!

Hail to the king IGGY!

Friday 5 December 2014

Ulasan TAIK zine.

Aku hampir gila untuk mengkategorikan zine ini datangnya dari genre apa. Ini suatu hasil penulisan yang unik. Sistem penomboran mukasuratnya pun sudah unik, dari muka pertama hingga ke mukasurat tengahnya dikira macam biasa, tapi selepas itu ianya dikira dengan kiraan menurun pulak. Dalam ertikata lain, penulisan zine ini berakhir dimana ianya bermula. Mungkin atas sebab itulah zine ini tidak ditandakan dengan issue yang ke berapa, walaupun secara tak formalnya ini adalah issue yang perdana. Tetapi tiada pengharapan untuk kesinambungan issue selepas ini. 

Tapi apa sebenarnya TAIK ni? Menurut editornya, ARIF AZIZIE zine TAIK ni mungkin mewakili satu sisi gelap sastera. Sisi yang jarang orang jumpa, aku sendiri pun baru pertama kali membaca penulisan yang sebegini. Jadi apa yang aku rasa? 'KELIRU', mungkin itu satu perkataan yang sesuai saat ini. Aku tak tahu samada aku menyukai stail penulisan sebegini atau tidak. Untuk 'masuk' kedalam karya sebegini, anda disarankan memiliki satu mood yang condong ke arah 'kenegatifan'. Sedih, terpencil, berdosa, putus harapan, kelam dan amarah mungkin antara beberapa perlambangan yang sesuai. 

Penulisan di dalam zine ini lebih bersifat catatan diari. Tapi diari siapa? Mungkin ada persamaan dengan diari seorang pembunuh bersiri. Mungkin luahan hati seorang yang hampir kehilangan unsur-unsur kesiumannan dari otak separa sedarnya. Dan tak mustahil juga ianya adalah luahan 'penggila-penggila' yang biasa berlegar sekeliling kita. 

Aku lebih mengagumi usaha editor ini dalam penghasilan zine ini. Penghasilannya juga agak Kemas. Memang aku tak akan berkata yang aku tak sabar menunggu issue seterusnya, tapi kalo issue selanjutnya melintas depan mata, aku tak akan teragak-agak mendapatkanya. 

Kita sudahi pandangan aku tentang zine ini dengan satu ayat terawal zine ini;
"Kepala otak imajinasi terhalang realiti jalang,
Dalamnya hingga terjumpa jerung raksasa megalodon,
Aku terasa mahu jadi anjing!"
Cari Ariff Azizi di Facebook untuk mendapatkan zine gila ni.
Selamat Gila!