Friday 21 November 2014

Ulasan SOAL JAWAP fanzine #1.

Aku mendapat zine ini secara trade dengan editornya Fifi semasa Kuala Lumpur Zine Fest baru-baru ini, dan ini adalah salinan ke-2/50. Kalo dilihat dari tajuk zine ini, mungkin anda semua boleh menafsirkan isi yang terkandung dalam zine ini. Ya! Ianya memuatkan interview secara perdananya dan sedikit ulasan. Ada tiga interview di dalam zine ini, iaitu dengan band punkrock kacak dari Sabah Con-Damn The Corruptor, dengan band DOSA dan juga personel dari Buku Jalanan Shah Alam. Aku dapati interview-interview ini okay-okay aje dan tidak membosankan. Tidak banyak yang dapat di kupas melalui interview diaorang ni, maybe diaorang still play-safe lagi. Aku biasa baca status yang Fifi tulis di FB, dan berdasarkan status-status tersebut aku yakin Fifi boleh buat hasil yang lebih baik lagi.

Kalo di tanya aku, kalo ada apa yang aku tak Suka dengan zine ini? Jawapan aku adalah PENAMPILANNYA! fanzine ini bersaiz A4, aku tidak suka dengan saiz yang sebegitu kerana bagi aku ianya kelihatan tidak kemas dan mudah rosak/koyak. Yang kedua aku nak komen pasal zine ni ialah kerana cover depannya yang tidak menawan kalbu:), hanya tulisan SOAL?JAWAP! sahaja terpampang berulang-kali di muka depan. Rasanya bukan sesuatu yang sukar untuk mencari mereka yang suka melukis/doodling di FB. Cuba Fifi dapatkan khidmat mereka untuk illustrasi muka depan zine ini di masa hadapan. Ada yang berbayar, dan ada yang percuma. Aku faham, cover depan tu biasanya hanyalah untuk hiasan sahaja, tapi ianya bisa aje mempengaruhi persepsi seseorang ke atas isi kandungan zine itu sendiri. Fanzine Norifumi pun bukanlah bagus sangat kalo nak diharapkan aku seorang saja yang membikinnya, tapi aku agak bernasib baik kerana mempunyai teman yang arif dalam bidang pembikinan fanzine ini.

Mungkin soal masa yang mengekang zine ini untuk tampil lebih mengancam. Aku harap untuk keluaran akan datang zine ini akan ada peningkatannya. Fifi, anda berada di landasan yang okay-okay sahaja sekarang ini. Teruskan bikin fanzine dan kita trade lagi di masa hadapan.

TELUR DARI SWEDEN.

Sekarang ni AbamBear dah kurang sangat terlibat dengan aktiviti sukan ni, tapi kalo korang nak tahu, masa sekolah rendah dulu Abam adalah juara acara sukan bawak telur dalam sudu selama 4 tahun berturut-turut!

Rahsianya; Abam sentiasa bawak telur spare:)





KEBASAHAN DI SWEDEN.
----------------------------.
Ada sekali tu, di malam final bolasepak, AbamBear pegi makan kat satu restoran yang Abam dah biasa pegi. Mungkin disebabkan ramai orang nak tengok bola kat restoran, terus membuatkan restoran tu penuh. Abam pun tak faham konsep orang Malaysia ni, yang pergi restoran pasal nak tengok bola. Sepatutnya pegi restoran untuk satu tujuan yang murni, iaitu makan.
Anyway, Abam dapat satu tempat duduk kat sebelah sinki. Tobat, langsung tak strategik, tapi itu aje pilihan yang ada. Macam biasa, Abam order nasi goreng Sweden kegemaran Abam, dan tengah-tengah best Abam makan tu Abam dapat rasakan terdapat percikan-percikan air menghujani tubuh Abam. Mungkin ini bahananya duduk dekat dengan sinki kot. Apa-apa hal pun, Abam terus rasa marah, perasaan bergelora dalam hati rasa cam nak carutkan aje orang yang membasahi Abam tu.
Abam memusingkan tubuh, memandang ke belakang, dan sekonyong-konyong ada seorang yang seiras-iras Liyana Fizi baru lepas basuh tangan kat situ. Dia cakap;
" Sorry Abam, tak sengaja", sambil tersenyum.

Serta-merta Abam relakan kebasahan yang terjadi tu. Jangan kata dia nak mandikan Abam aje, kalo dia siap nak sabunkan dan syampukan rambut kat dalam restoran tu pun Abam relakan:)

Friday 14 November 2014

KARUTAN ADA APA DENGAN CINTA 2014

Sebetulnya aku mahu menulis ini di laman Facebook aje, tapi aku tidak mampu (malas) untuk menulis sesuatu yang panjang sedikit dari kebiasaan di situ.
Jadi gimana persepsi kamu tentang Ada Apa Dengan Cinta 2014 (AADC) ? pertama kali aku menonton video yang berdurasi 10 minit lebih itu, satu perkataan aje yang timbul di benak ini tiba-tiba, "PENGKHIANATAN!"

"detik tidak pernah melangkah mundur",
Siapa bilang?
Ayuh kita kembali mengintai kurang-lebih 10 tahun lampau. (sebenarnya AADC yang pertama di riliskan sekitar 2002, menjadikan ianya sudah berusia 12 tahun sekarang ni, tapi naskah ini agak lewat sikit tiba di Malaysia, lewat dalam setahun gitu aje)
Tidak pasti samada naskah awal filem ini ada di tayangkan di pawagan-pawagan Malaysia semasa ianya masih panas dahulu, kerana aku mendapatkan vcd filem ini dari teman-teman di Johor. Di waktu itu zaman-zaman fanzine Roots tengah naik. Zaman-zaman "it's okay to be a bit emotional kot". Walaupun aku mendapatkan naskahku dari kalangan kawan-kawan hardcore punk di sana, AADC langsung tiada kaitan dengan hardcore punk. Pertama kali menonton filem ini, ada sedikit perasaan segan juga. Kisah-kisah percintaan remaja memang langsung tidak cocok dengan kehidupanku saat itu. Tapi ada satu perkara yang menarik perhatianku, iaitu perwatakan RANGGA!. Sosok ini tampaknya sedikit rebellious dan misterious gitu. Suka menyendiri dan tenggelam bersama 'AKU'. Sekurang-kurangnya wujud dua fenomena waktu itu;
Pertama, hampir semua penonton lelaki mahu menjadi Rangga.
Kedua, semua orang mahu mempunyai "AKU" mereka yang tersendiri. Dan "AKU" kepunyaan aku waktu itu adalah fanzine ROOTS! Hancur-lunyai jadinya kerana selalu di usung kesana-sini:)

Aku tidak mahu mengulas filem yang dah berusia 12 tahun itu, google aje, kamu pasti ketemukannya. Tapi aku mahu berkongsi sedikit atmosfera yang beredar sekelilingku saat itu. Filem itu di labuhkan tirainya dengan janji sajak yang Rangga tulis, menyatakan yang dia akan kembali dalam sepurnama kemudian. Sungguh manis, meninggalkan kita semua dengan happy ending. Khalayak sudah boleh keluar dari pawagan berpegangan tangan sambil tersenyum menuju kearah gerai kacang rebus.
"AKU" sudah menjadi sesuatu yang cool.
Sajak pun begitu!
Seharusnya AADC 2002 di kuburkan dengan hormatnya saat itu sebagai satu naskah kult (remaja).

Namun 12 tahun kemudian, tangan-tangan kapitalis ghairah meraba moment-moment indah kita semua. LINE mempersembahkan AADC 2014!, yang aku tonton bagaikan satu iklan komersil yang panjang. Satu iklan gabungan syarikat-syarikat keparat. Adakah ini iklan LINE? apakah ini iklan kamera? Atau jam? Atau juga budaya minum kopi? Dan dimana perginya kacang rebus itu?

Walaupun aku sentiasa menyumbatkan telingaku dengan muzik-muzik yang lantang dan keras, di tambah pula dengan pembawakan yang sedikit ganas (ehem-ehem), tapi sebenarnya aku sendiri mempunyai satu altar khusus didalam diri ini untuk naskah asal AADC, malangnya selepas lebih 10 tahun, nampaknya altar itu akan teroboh, oleh satu PENGKHIANATAN !

AADC 2014 adalah satu hasil yang tidak patut di luncurkan! Paling mengecewakan adalah watak Rangga. Rangga yang sekarang, bukanlah Rangga yang dahulu. Jarak masa lebih dari 10 tahun ini memang mampu mengubah seseorang. Seorang teman di Facebook , Salman Farris pernah menulis;
"dulu semua orang nak jadi Rangga,
Tapi aku cuma mahu jadi pakcik jual kacang rebus aje". Aku yakin Bang Man tidak merasa dikhianati saat ini.

Aku cuma mampu berharap, selepas ini tidak ada full version untuk AADC 2014 ini. 10 minit aje sudah cukup menghancurkan, apatah lagi kalo 1 jam lebih. Cuma ada 2 perkara yang aku dapati agak cool di sini;
Pertama, jacket kulit yang Rangga pakai di pengakhiran cerita ini.
Kedua; bait-bait ini:-
"waktu tidak pernah berjalan mundur,
Dan hari tidak pernah terulang,
Tetapi pagi selalu menawarkan cerita yang baru".

Untuk semua pertanyaan yang belum terjawab.

Thursday 6 November 2014

ULASAN DSS ZINE #0

D.S.S. bersamaan dengan Dead Sick Society, yang kalau di nilai dari nama zine ini mungkin kita boleh mengharapkan satu kritikan sosial yang bertalu. Apa benar itu? Ada apa pada nama?
Ayoh ikuti aku menyelak serba-sedikit zine yang baru tiba petang tadi ni. Aku mengambil masa sejam lebih sedikit untuk mengenalpasti zine ni, bukan kerana ianya nipis (sangat), tapi mungkin kerana zine ni bukannya di muatkan penuh dengan penulisan. Ianya juga di campur-gaul dengan illustrasi-illustrasi yang mungkin lebih elok kalo kita dengar sendiri penjelasan maknanya dari pembikinnya. Juga ada sajak-sajak (yang belum aku fahami maksudnya) dan penulisan-penulisan yang tidak membosankan.
Ada satu cerpen yang di muatkan di dalam zine ini yang bertajuk Kehinaan Yang Ironi. Pada mulanya aku ingatkan ianya satu cerpen yang berkisahkan Aku Seekor Kucing, rupa-rupanya ianya adalah Aku Seekor Gagak, itupun disaat-saat perkataan 'sayap'tu keluar baru aku mengesyakinya, mana mungkin kucing memiliki sayap kan? Melainkan kalau kucing dari neraka:) ralit juga membaca cerpen ini sebenarnya, walaupun ianya sekadar ringan-ringan aje.
Mohon ampun tuan editor, tapi aku masih merasakan zine ni masih "ringan-ringan", tapi adakah bermakna ianya tidak bagus?
Bagus atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada persepsi dan kecenderungan kamu, jadi kamu dapatkanlah zine ni dan nilaikan sendiri. Bagi sebuah permulaan, aku melihat zine ini sedang cuba membina denai-denai ke arah menjadi zine sastera atau art yang "promising"(apa ye perkataannya dalam BM:)). Usaha yang tak seharusnya mati di tengah jalan, teruskan berkarya!
On personal case, editor zine ni mengirimkan zine ni kat aku menggunakan sampul Poslaju yang berharga RM6, sebenarnya Fauzan boleh gunakan khidmat sampul PosExpress yang berharga RM3.50 tu, lagi menjimatkan. Aku pun dah lupa harga zine ni, so korang boleh try berhubung dengan :-
Facebook.com/uchanyfauzan
Facebook.com/tajrin faruqi