Friday 21 November 2014

Ulasan SOAL JAWAP fanzine #1.

Aku mendapat zine ini secara trade dengan editornya Fifi semasa Kuala Lumpur Zine Fest baru-baru ini, dan ini adalah salinan ke-2/50. Kalo dilihat dari tajuk zine ini, mungkin anda semua boleh menafsirkan isi yang terkandung dalam zine ini. Ya! Ianya memuatkan interview secara perdananya dan sedikit ulasan. Ada tiga interview di dalam zine ini, iaitu dengan band punkrock kacak dari Sabah Con-Damn The Corruptor, dengan band DOSA dan juga personel dari Buku Jalanan Shah Alam. Aku dapati interview-interview ini okay-okay aje dan tidak membosankan. Tidak banyak yang dapat di kupas melalui interview diaorang ni, maybe diaorang still play-safe lagi. Aku biasa baca status yang Fifi tulis di FB, dan berdasarkan status-status tersebut aku yakin Fifi boleh buat hasil yang lebih baik lagi.

Kalo di tanya aku, kalo ada apa yang aku tak Suka dengan zine ini? Jawapan aku adalah PENAMPILANNYA! fanzine ini bersaiz A4, aku tidak suka dengan saiz yang sebegitu kerana bagi aku ianya kelihatan tidak kemas dan mudah rosak/koyak. Yang kedua aku nak komen pasal zine ni ialah kerana cover depannya yang tidak menawan kalbu:), hanya tulisan SOAL?JAWAP! sahaja terpampang berulang-kali di muka depan. Rasanya bukan sesuatu yang sukar untuk mencari mereka yang suka melukis/doodling di FB. Cuba Fifi dapatkan khidmat mereka untuk illustrasi muka depan zine ini di masa hadapan. Ada yang berbayar, dan ada yang percuma. Aku faham, cover depan tu biasanya hanyalah untuk hiasan sahaja, tapi ianya bisa aje mempengaruhi persepsi seseorang ke atas isi kandungan zine itu sendiri. Fanzine Norifumi pun bukanlah bagus sangat kalo nak diharapkan aku seorang saja yang membikinnya, tapi aku agak bernasib baik kerana mempunyai teman yang arif dalam bidang pembikinan fanzine ini.

Mungkin soal masa yang mengekang zine ini untuk tampil lebih mengancam. Aku harap untuk keluaran akan datang zine ini akan ada peningkatannya. Fifi, anda berada di landasan yang okay-okay sahaja sekarang ini. Teruskan bikin fanzine dan kita trade lagi di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment