Thursday 27 February 2014

4)DARKTHRONE- THE UNDERGROUND RESISTANCE.

Darkthrone adalah sebuah band yang sentiasa berevolusi soundnya, dan black metal adalah yang paling lekat dengan band ini. Sound black metal klasick dari album seperti A Blaze In The Northern Sky dan Transvalnian Hunger contohnya sudah menjadi trademark duo dari Norway ini. Tapi dengan beredarnya album terbaru diaorang ni yang berjudul The Underground Resistance, satu anjakan sound yang agak jauh telah di laksanakan jika di bandingkan dengan album trademark black metal mereka.

Untuk album terbaru ini, bagi aku lebih banyak unsur NWOBHM di tampilkan. Bagi mereka yang senantiasa mengikuti perkembangan Darkthrone, mungkin ini bukan suatu yang mengejutkan kerana unsur-unsur ini telah sedia di tampilkan dalam album-album sebelum ini, cuma ianya dalam amaun yang sedikit sahaja, untuk rujukan sila dengar album sebelum ini seperti The Cult Is Alive, F. O. A. D, dan untuk lebih unsur metalpunk dan crustypunk, sila dengar album Circle The Wagons dan Darkthrone And Black Flags yang telah di gaul dengan cukup sebati dengan black metal.

Berbalik kepada album The underground Resistance ini, recording soundnya masih lagi primitive, sangat cocok sekali dengan Darkthrone, aku lebih sukakan sound yang sebegitu. Permainan drum Fenriz pun lebih bervariasi, mungkin boleh aku katakan lebih groovy. Penggunaan teknik clean vocal adalah semakin meluas, bukan clean yang terlalu clean, tapi clean yang gruff. Pengaruh Motorhead memang ada, tapi yang agak surprise tu untuk track terakhir terdapat guitar riff yang mempunyai persamaan dengan guitar riff Enter Sandman dari band Metallica, tapi jangan bimbang ianya sedikit sahaja. Sama macam album The Cult Is Alive yang ada satu guitar riff tu yang agak sama dengan guitar riff Smoke On The Water, itupun anda kena mendengarnya dengan teliti kerana sound album darkthrone senantiasa di primitive kan.

Jika anda mendapatkan album ini dan mengharapkan Darkthrone meriliskan Transilvanian Hunger musim kedua, anda sememangnya akan kecewa, and it's not surprise if you gonna hate this immediately. Selepas jasa dan dedikasi Darkthrone terhadap dunia underground, music dan lifestyle mereka, Darkthrone bagi aku dah sampai satu tahap yang mereka dah boleh buat album yang bagaimana stailnya yang mereka mahu, tanpa risau di label sold-out or even worse Traitor. But if in the next album they start to rapping in some songs. I'll re-consider my thought:). The most stand out track for me, surprisingly were second track called Valkyrie. After a couple of listen, the chorus start to played on my head over and over, really addictive track.

One of the best treasure from last year. I've gave this four stars out of five or maybe four upside down cross. Thanxs alots Fenriz and Nocturnal Culto for the inspirations!

Saturday 15 February 2014

3)KASIH SAYANG- SPOONFEEDING THE NATION.

Untuk album KASIH SAYANG keluaran RONIN RECORDS yang bernombor RR09 ini ianya di tulis sebagai "KASIH SAYANG dan kawan-kawan", ini kerana rilisan kali ini banyak menampilkan kawan-kawan rapat dalam pembikinan album ini. KASIH SAYANG yang berasal dari Kuala Terengganu ini, dan sadly aku rasa dah berkubur, di depani oleh dua orang adik-beradik iaitu Fazri dan Shabri yang memikul posisi bass dan gitar/vokal. Manakala pada posisi drum yang cemerlang pula di uruskan oleh Apih. Bagi aku ini adalah line up KASIH SAYANG yang terbaik sekali, mungkin aku sedikit tidak menyukai band lama yang menampilkan muka-muka baru.

Sebelum ini pun aku dah pernah review rilisan ni dalam zine, tapi bila aku try cari review untuk rilisan ini di internet, jawapannya memang mengecewakan, sebab itulah aku cuba untuk mendokumentasikannya sekali lagi. Band KASIH SAYANG dahulu adalah satu band yang aktif di kuala Terengganu, dan oleh kerana aku di beri kesempatan untuk mengenali band ini dengan lebih intim, ianya akan memberi pengaruh yang baik jika aku terus mengulasnya. Namun, apa kata selepas ini kita pergi secara ringkas tentang tracks yang ada dalam album klasik ini.

Kaset ini di mulakan dengan side yang di namakan SIDE KASIH, dan ianya di mulakan dengan satu introduksi yang agak pendek, tapi ianya semacam satu gambaran untuk apa yang akan pendengar tempuhi selepas itu. Lagu QUESTION 2003, menarik, siap dengan gang vocal yang bersahut-sahutan. Jugak menampilkan attack drum yang menarik. Track ketiga, SPEECH FREE, bermula dengan stail gitar yang agak malas, tapi di bina kukuh pula dengan serangan drum yang bagus dan jeritan yang menggila. Track keempat, (I)KUT (S)UKA (A)KU pula masih mengekalkan serangan-serangan sonik mereka sebelum ini. Track kelima, CHALLENGE, adalah salah satu contoh yang untuk menjadi brutal, kita tidak semestinya perlu berterusan menyerang. Cuma kita perlu tahu part untuk menyerang, dan di mana untuk berjoget. Track keenam, LAGU RAKYAT, ianya masih lagi dengan sisa-sisa lagu challenge sebelumnya tadi, tapi yang ini dengan clean vocal dan lirik berbahasa Malaysia. Di selang-selikan dengan bacaan sajak yang membakar semangat. VITAMIN M, merupakan track yang ke tujuh dan ianya datang dari kelompok mincing yang boleh berjoget, dengan paduan vocal yang histeria. Aura dari track ketujuh di bawa pula ke track selepas itu, FAKE, masih lagi boleh berjoget, tapi yang ini terbahagi kepada dua part, part berjoget dan part menggilis! BUMI MERETAK mengakhiri side KASIH di mana di sini KASIH SAYANG seolah-olah membuang semua pengaruh mincecore mereka dan pergi kearah akustik. Ini betul-betul lagu rakyat.

Side yang satu lagi pula di gelar SIDE SAYANG, dimulakan dengan lagu PINHOLE, ianya dah macam lagu surf pun ada intronya, namun di sudahi dengan trademark band KASIH SAYANG itu sendiri. Disusuli pula dengan REAL ENEMY, lagu saduran dari band THE BUSINESS, yang di tambah perisa KASIH SAYANG. Sudah tentu part "real enemy, real enemy", tu menjadi pilihan untuk di lagukan beramai-ramai. Budak-budak skinhead pun respek kat band KASIH SAYANG ni pasal lagu ni lah. Lagu LEFT HAND GIVE.... adalah sambungan serangan sonik mincecore bertalu-talu. Lagu keempat, RES EXTENTIA mempunyai intro yang seperti genre sludge gitu, tapi di sudahi dengan trademark KASIH SAYANG. BLAST selepas itu pula adalah lagi pesta serangan mincecore, tapi yang ini dimula dan di akhiri dengan bacaan yang ala-ala sajak gitu oleh Nizang Mosh yang sangat marah-marah. WE SUCCUMB adalah pilihan terbaik bagi aku. Lagu yang di mulakan dengan stail plucking gitar, lepas tu lagu tu terus di bina dan di bina. Drumworks yang terbaik dan berbagai stail juga boleh dikesan di sini, bagi aku Apis adalah antara drummer yang terbaik. Lagu ni siap ada solo-solo gitar dan crew yang singalong. Clean vocal yang seolah-olah membaca sajak. Jika semua lagu di dalam album ni boleh diibaratkan seperti sekawan serigala, maka WE SUCCUMB adalah serigala jantan yang mengetuai gerombolan ini. Side SAYANG di tutupi oleh track yg di panggil IM NOT, satu track yang paling pelik dan berbeza dari track-track yang sebelumnya. Ianya lebih kepada bacaan sajak, atau sedang bermonolog gitu.

Packaging rilisan ini juga menarik, di sertakan sekali dengan booklet yang mengandungi lirik-liriknya. Cover kasetnya yang ada sedikit kaler-kaler mungkin sedikit lari dari konsep cover kaset band-band crusty punk pada masa itu, tapi KASIH SAYANG bukanlah sebuah band yang tipikal. Walaupun dah masuk puluh tahun rasanya kaset ni di riliskan, setiap kali aku mendengarnya ianya semakin merebak dalam diri. Satu lagi yang ketara dalam kaset ni adalah suara-suara Nizang Mosh, sesungguhnya Nizang mempunyai trademark suara yang tersendiri:) aku sarankan jika generasi sekarang terlintas rilisan ini di depan mata, baik lekas-lekas menyambarnya. Kalo tidak, menyesal nanti:) klasik dan terbaik. Nuff said!

Friday 7 February 2014

ATOMICDEATH-MISSILE MASSACRE EP

Okay, salah satu lagi rilisan yang dah lama rilis, tapi bagi aku ianya agak berpengaruh
bagi scene Malaysia ni. Kaset EP ni di keluarkan oleh Black Konflik Records pada tahun 2009, dengan nombor sirinya BKR039. Apa yang aku ada di sini adalah kaset yang berwarna jernih, yang di tampal sticker di atasnya, dan aku rasakan itulah satu-satunya versi yang ada. Atomicdeath yang dah pernah tour Europe ni, bersama-sama band crust/dbeat Apparatus adalah terdiri dari ahli band (pada masa pembikinan EP ini) Apparatus dan DCA. Band yang berHQ di Shah Alam, Selangor ni mengaulkan elemen crust dan thrash dalam musik mereka dengan begitu seimbang sekali. EP yang hanya memuatkan 4 buah lagu ini juga di datangkan dengan pakej yang lengkap! Dengan lirik lagu, gambar band, alamat dan cover yang begitu terasa sekali aura thrashy crust nya.

Apa yang aku tahu, selain dari EP ini Atomicdeath juga ada rilisan split dengan band Bloodstone yang bertajuk "hellish Nuclear Destruction", tapi yang itu di keluarkan dalam bentuk CD, dan yang terbaru adalah rilisan dalam bentuk 7" vinyl. Untuk masa sekarang ni, atomicdeath adalah antara band yang di segani di Malaysia, dan aku rasa aku tahu kenapa. Adalah perlu untuk aku mengulas bunyi-bunyian yang di tampilkan dalam EP ini? Rasanya tidak perlu sangatlah, cukup kalo aku katakan jika korang minat dengan sound thrash dan crust, ini adalah satu lagi rilisan kaset yang wajib ada dalam koleksi korang. Sesungguhnya aku sendiri pun tak sangka EP ini sebegini bagus. Untuk mereka yang baru nak mencuba cari kaset ini, aku rasa Basement Records masih menjualnya. Cargas bos!

Sunday 2 February 2014

BLACK SHAPE OF NEXUS- MANNHEIM.

Kaset ni memang dah lama di riliskan oleh QSD Records, cuma aku aje yang baru mengdokumentasikannya di sini. Black Shape Of Nexus yang juga di kenali dengan nama B. Son ini di tubuhkan sekitar tahun 2005 di Mannheim, Germany dan mereka adalah masih aktif sehingga sekarang. Album Mannheim ini boleh di klasifikasikan sebagai satu rakaman live mereka at their own hometown. Agak menarik konsep menamakan sesuatu album itu dengan nama tempat kelahiran band itu sendiri. Dapat juga mempromosikan nama tempat itu sendiri, kalau bukan di sebabkan album ini maybe aku sendiri sampai ke saat ini tidak tahu yang Mannheim tu sebenarnya terletak kat Germany, itulah antara kelebihan scene hc/punk ini, ianya mengajar kita tentang geografi, walaupun di luar sedar kita.

Dari segi music, B.Son tergolong di kalangan Sludge, Doom. Dengan alunan yang malas dan sendat menyelimuti penganutnya dengan suasana kelam, gelap, suram dan murung. Walaupun Mannheim ni adalah rakaman live, tapi tiada langsung dapat kupingku menangkap bunyi tepukan atau sorakan. Mungkin keraian di persembahan band sludge agak berbeza dengan suasana di persembahan hc/punk. Mutu rakaman juga bagus, sebagus 5 bintang tarafnya. Semua bunyi instrument boleh di dengari dengan seimbang. Semua memainkan peranan masing-masing dengan baik. Kalo di ikutkan diskografi mereka, B.Son ni telah mempunyai 8 rilisan dengan yang terbaru pada tahun 2014 ni iaitu rilisan split dengan band Lazarus Blackstar

Di beritakan album Mannheim ini telah lama sold-out, cumanya aku kurang pasti samada masihkah ada lagi versi tape yang lain selain dari yang di dokumentasikan oleh aku ini. Versi kaset yang aku ada sekarang ni adalah dengan kaset berwarna hitam, dan ada cetakan putih di atas kaset tu, malangnya cetakan di atas kaset tu sungguh teruk sekali. Maksud aku cetakan di atas kaset tu yang teruk, bukannya mutu rakaman atau persembahannya yang teruk. Seperti yang aku jelaskan terlebih dahulu tadi, mutu rakaman dan persembahannya adalah terbaik. Kaset ini dikeluarkan pada 2010, tapi pada awal 2012, Wolfbiker Records telah meriliskan semula album ini dalam bentuk digipak CD pula.

Bagi aku, kaset ini wajib ada dalam koleksi kolektor-kolektor kaset sekalian. Walaupun cover album memang entah apa-apa tak menarik langsung, dan band six-piece ini tidak mempunyai paras rupa yang memberangsangkan, tapi apa yang akan keluar dari corong-corong speaker nanti boleh di ibaratkan sebagai klimaks yang tiada penghujungnya!