Sunday 2 February 2014

BLACK SHAPE OF NEXUS- MANNHEIM.

Kaset ni memang dah lama di riliskan oleh QSD Records, cuma aku aje yang baru mengdokumentasikannya di sini. Black Shape Of Nexus yang juga di kenali dengan nama B. Son ini di tubuhkan sekitar tahun 2005 di Mannheim, Germany dan mereka adalah masih aktif sehingga sekarang. Album Mannheim ini boleh di klasifikasikan sebagai satu rakaman live mereka at their own hometown. Agak menarik konsep menamakan sesuatu album itu dengan nama tempat kelahiran band itu sendiri. Dapat juga mempromosikan nama tempat itu sendiri, kalau bukan di sebabkan album ini maybe aku sendiri sampai ke saat ini tidak tahu yang Mannheim tu sebenarnya terletak kat Germany, itulah antara kelebihan scene hc/punk ini, ianya mengajar kita tentang geografi, walaupun di luar sedar kita.

Dari segi music, B.Son tergolong di kalangan Sludge, Doom. Dengan alunan yang malas dan sendat menyelimuti penganutnya dengan suasana kelam, gelap, suram dan murung. Walaupun Mannheim ni adalah rakaman live, tapi tiada langsung dapat kupingku menangkap bunyi tepukan atau sorakan. Mungkin keraian di persembahan band sludge agak berbeza dengan suasana di persembahan hc/punk. Mutu rakaman juga bagus, sebagus 5 bintang tarafnya. Semua bunyi instrument boleh di dengari dengan seimbang. Semua memainkan peranan masing-masing dengan baik. Kalo di ikutkan diskografi mereka, B.Son ni telah mempunyai 8 rilisan dengan yang terbaru pada tahun 2014 ni iaitu rilisan split dengan band Lazarus Blackstar

Di beritakan album Mannheim ini telah lama sold-out, cumanya aku kurang pasti samada masihkah ada lagi versi tape yang lain selain dari yang di dokumentasikan oleh aku ini. Versi kaset yang aku ada sekarang ni adalah dengan kaset berwarna hitam, dan ada cetakan putih di atas kaset tu, malangnya cetakan di atas kaset tu sungguh teruk sekali. Maksud aku cetakan di atas kaset tu yang teruk, bukannya mutu rakaman atau persembahannya yang teruk. Seperti yang aku jelaskan terlebih dahulu tadi, mutu rakaman dan persembahannya adalah terbaik. Kaset ini dikeluarkan pada 2010, tapi pada awal 2012, Wolfbiker Records telah meriliskan semula album ini dalam bentuk digipak CD pula.

Bagi aku, kaset ini wajib ada dalam koleksi kolektor-kolektor kaset sekalian. Walaupun cover album memang entah apa-apa tak menarik langsung, dan band six-piece ini tidak mempunyai paras rupa yang memberangsangkan, tapi apa yang akan keluar dari corong-corong speaker nanti boleh di ibaratkan sebagai klimaks yang tiada penghujungnya!



No comments:

Post a Comment