Saturday 15 February 2014

3)KASIH SAYANG- SPOONFEEDING THE NATION.

Untuk album KASIH SAYANG keluaran RONIN RECORDS yang bernombor RR09 ini ianya di tulis sebagai "KASIH SAYANG dan kawan-kawan", ini kerana rilisan kali ini banyak menampilkan kawan-kawan rapat dalam pembikinan album ini. KASIH SAYANG yang berasal dari Kuala Terengganu ini, dan sadly aku rasa dah berkubur, di depani oleh dua orang adik-beradik iaitu Fazri dan Shabri yang memikul posisi bass dan gitar/vokal. Manakala pada posisi drum yang cemerlang pula di uruskan oleh Apih. Bagi aku ini adalah line up KASIH SAYANG yang terbaik sekali, mungkin aku sedikit tidak menyukai band lama yang menampilkan muka-muka baru.

Sebelum ini pun aku dah pernah review rilisan ni dalam zine, tapi bila aku try cari review untuk rilisan ini di internet, jawapannya memang mengecewakan, sebab itulah aku cuba untuk mendokumentasikannya sekali lagi. Band KASIH SAYANG dahulu adalah satu band yang aktif di kuala Terengganu, dan oleh kerana aku di beri kesempatan untuk mengenali band ini dengan lebih intim, ianya akan memberi pengaruh yang baik jika aku terus mengulasnya. Namun, apa kata selepas ini kita pergi secara ringkas tentang tracks yang ada dalam album klasik ini.

Kaset ini di mulakan dengan side yang di namakan SIDE KASIH, dan ianya di mulakan dengan satu introduksi yang agak pendek, tapi ianya semacam satu gambaran untuk apa yang akan pendengar tempuhi selepas itu. Lagu QUESTION 2003, menarik, siap dengan gang vocal yang bersahut-sahutan. Jugak menampilkan attack drum yang menarik. Track ketiga, SPEECH FREE, bermula dengan stail gitar yang agak malas, tapi di bina kukuh pula dengan serangan drum yang bagus dan jeritan yang menggila. Track keempat, (I)KUT (S)UKA (A)KU pula masih mengekalkan serangan-serangan sonik mereka sebelum ini. Track kelima, CHALLENGE, adalah salah satu contoh yang untuk menjadi brutal, kita tidak semestinya perlu berterusan menyerang. Cuma kita perlu tahu part untuk menyerang, dan di mana untuk berjoget. Track keenam, LAGU RAKYAT, ianya masih lagi dengan sisa-sisa lagu challenge sebelumnya tadi, tapi yang ini dengan clean vocal dan lirik berbahasa Malaysia. Di selang-selikan dengan bacaan sajak yang membakar semangat. VITAMIN M, merupakan track yang ke tujuh dan ianya datang dari kelompok mincing yang boleh berjoget, dengan paduan vocal yang histeria. Aura dari track ketujuh di bawa pula ke track selepas itu, FAKE, masih lagi boleh berjoget, tapi yang ini terbahagi kepada dua part, part berjoget dan part menggilis! BUMI MERETAK mengakhiri side KASIH di mana di sini KASIH SAYANG seolah-olah membuang semua pengaruh mincecore mereka dan pergi kearah akustik. Ini betul-betul lagu rakyat.

Side yang satu lagi pula di gelar SIDE SAYANG, dimulakan dengan lagu PINHOLE, ianya dah macam lagu surf pun ada intronya, namun di sudahi dengan trademark band KASIH SAYANG itu sendiri. Disusuli pula dengan REAL ENEMY, lagu saduran dari band THE BUSINESS, yang di tambah perisa KASIH SAYANG. Sudah tentu part "real enemy, real enemy", tu menjadi pilihan untuk di lagukan beramai-ramai. Budak-budak skinhead pun respek kat band KASIH SAYANG ni pasal lagu ni lah. Lagu LEFT HAND GIVE.... adalah sambungan serangan sonik mincecore bertalu-talu. Lagu keempat, RES EXTENTIA mempunyai intro yang seperti genre sludge gitu, tapi di sudahi dengan trademark KASIH SAYANG. BLAST selepas itu pula adalah lagi pesta serangan mincecore, tapi yang ini dimula dan di akhiri dengan bacaan yang ala-ala sajak gitu oleh Nizang Mosh yang sangat marah-marah. WE SUCCUMB adalah pilihan terbaik bagi aku. Lagu yang di mulakan dengan stail plucking gitar, lepas tu lagu tu terus di bina dan di bina. Drumworks yang terbaik dan berbagai stail juga boleh dikesan di sini, bagi aku Apis adalah antara drummer yang terbaik. Lagu ni siap ada solo-solo gitar dan crew yang singalong. Clean vocal yang seolah-olah membaca sajak. Jika semua lagu di dalam album ni boleh diibaratkan seperti sekawan serigala, maka WE SUCCUMB adalah serigala jantan yang mengetuai gerombolan ini. Side SAYANG di tutupi oleh track yg di panggil IM NOT, satu track yang paling pelik dan berbeza dari track-track yang sebelumnya. Ianya lebih kepada bacaan sajak, atau sedang bermonolog gitu.

Packaging rilisan ini juga menarik, di sertakan sekali dengan booklet yang mengandungi lirik-liriknya. Cover kasetnya yang ada sedikit kaler-kaler mungkin sedikit lari dari konsep cover kaset band-band crusty punk pada masa itu, tapi KASIH SAYANG bukanlah sebuah band yang tipikal. Walaupun dah masuk puluh tahun rasanya kaset ni di riliskan, setiap kali aku mendengarnya ianya semakin merebak dalam diri. Satu lagi yang ketara dalam kaset ni adalah suara-suara Nizang Mosh, sesungguhnya Nizang mempunyai trademark suara yang tersendiri:) aku sarankan jika generasi sekarang terlintas rilisan ini di depan mata, baik lekas-lekas menyambarnya. Kalo tidak, menyesal nanti:) klasik dan terbaik. Nuff said!

No comments:

Post a Comment