Friday 5 December 2014

Ulasan TAIK zine.

Aku hampir gila untuk mengkategorikan zine ini datangnya dari genre apa. Ini suatu hasil penulisan yang unik. Sistem penomboran mukasuratnya pun sudah unik, dari muka pertama hingga ke mukasurat tengahnya dikira macam biasa, tapi selepas itu ianya dikira dengan kiraan menurun pulak. Dalam ertikata lain, penulisan zine ini berakhir dimana ianya bermula. Mungkin atas sebab itulah zine ini tidak ditandakan dengan issue yang ke berapa, walaupun secara tak formalnya ini adalah issue yang perdana. Tetapi tiada pengharapan untuk kesinambungan issue selepas ini. 

Tapi apa sebenarnya TAIK ni? Menurut editornya, ARIF AZIZIE zine TAIK ni mungkin mewakili satu sisi gelap sastera. Sisi yang jarang orang jumpa, aku sendiri pun baru pertama kali membaca penulisan yang sebegini. Jadi apa yang aku rasa? 'KELIRU', mungkin itu satu perkataan yang sesuai saat ini. Aku tak tahu samada aku menyukai stail penulisan sebegini atau tidak. Untuk 'masuk' kedalam karya sebegini, anda disarankan memiliki satu mood yang condong ke arah 'kenegatifan'. Sedih, terpencil, berdosa, putus harapan, kelam dan amarah mungkin antara beberapa perlambangan yang sesuai. 

Penulisan di dalam zine ini lebih bersifat catatan diari. Tapi diari siapa? Mungkin ada persamaan dengan diari seorang pembunuh bersiri. Mungkin luahan hati seorang yang hampir kehilangan unsur-unsur kesiumannan dari otak separa sedarnya. Dan tak mustahil juga ianya adalah luahan 'penggila-penggila' yang biasa berlegar sekeliling kita. 

Aku lebih mengagumi usaha editor ini dalam penghasilan zine ini. Penghasilannya juga agak Kemas. Memang aku tak akan berkata yang aku tak sabar menunggu issue seterusnya, tapi kalo issue selanjutnya melintas depan mata, aku tak akan teragak-agak mendapatkanya. 

Kita sudahi pandangan aku tentang zine ini dengan satu ayat terawal zine ini;
"Kepala otak imajinasi terhalang realiti jalang,
Dalamnya hingga terjumpa jerung raksasa megalodon,
Aku terasa mahu jadi anjing!"
Cari Ariff Azizi di Facebook untuk mendapatkan zine gila ni.
Selamat Gila!

No comments:

Post a Comment