Saturday 28 September 2013

ULASAN BUKU AKSI REAKSI 2

Tajuk penuh buku ni adalah AKSI REAKSI 2 :DOKUMENTASI DUM DUM TAK (DDT), dan ianya sudah memberi gambaran tentang apa yang tersurat di dalamnya. Oleh kerana buku ini di tulis oleh Nizang, jalan cerita yang akan kita tempuhi apabila membacanya adalah lebih dari kacamata Nizang, yang juga merupakan pemain bass untuk kugiran punk rock ini.

Setahun sebelum Aksi Reaksi 2 ini di terbitkan iaitu sekitar January 2012, Aksi Reaksi cetakan pertama telah di keluarkan dan ianya juga telah habis di jual. Gua belum pernah membaca Aksi Reaksi cetakan pertama dulu, tapi menurut Nizang, untuk Aksi Reaksi 2 ini ada sedikit penambahan di bahagian pra-kata, temuramah dan sedikit disini, serta sedikit di sana. Seperti ianya satu versi yang telah di upgradekan.

Semua illustrasi yang terdapat di dalam buku yang bersaiz comel ini di lukis oleh Iznan Rafa, seorang pelukis punk rock yang bagus. Hasil lukisannya, bagi gua selalunya bermesej. Kalo korang amati cover depan buku ini, agaknya apa mesej yang cuba di sampaikan di situ? Adakah makna mesej yang kamu dapat itu sama dengan makna mesej yang cuba di sebarkan oleh pelukisnya? Tidak mengapa kalo ada perbezaan pun, ianya boleh dibincangkan. Punk rock itu sendiri adalah konflik, tak begitu?

Sebelum Nizang memulakan ceritera DDT
nya, kisahnya dirasmikan dulu oleh Hishamudin Rais yang menulis tentang prakata dan satu pengalamannya dalam pertembungan punkrock di Mentakab. Cara Hisham menulis memang menarik dan mudah di hadam. Selepas itu barulah Nizang mengambil-alih tugas nahkoda dalam pelayaran DDT ini. Seperti mengikut peraturan yang dahulu di dahulukan, pelayaran ini bermula di peringkat awal bagaimana tertubuhnya band ini, objektif buku ini di riliskan dan bagaimana Nizang menjadi seorang pemain bass. Kalo nak di kira usia DDT yang lebih sikit dari "setahun jagung" tu, belum wajar rasanya untuk di dokumentasikan perjalanan hidup band ini. Tapi ini adalah punk rock, kasi langgar segala kebiasaan!

Kalo gua ceritakan secara terperinci akan apa yang tersurat dalam buku ini, mungkin ianya akan mengspoilkan situasi pembacaan korang nanti, tapi percayalah di dalam buku ini banyak rahsia-rahsia DDT di bongkarkan. Rahsia yang korang rasa dah tahu, tapi sebenarnya tidak. Di sebalik perjalanan satu band yang kurang di dendang ini, tersirat banyak mesej yang cuba di sampaikan. Bagi anak-anak muda yang terdetik di hati mereka mahu berkugiran, boleh fahami betul-betul dahulu buku ini, pastinya selepas pengkhataman buku ini, korang akan menarik nafas dengan rasa yang berbeza dari sebelumnya.

Perlawanan DDT ada permulaannya, tapi setakat buku ini di tulis kugiran tersebut masih belum lagi meletakkan titik noktahnya. Jarang-jarang ahli bands mendokumentasikan perjalanan kehidupan band mereka, dan bagi yang melakukannya gua tak rasa ianya terbit dari perasaan yang syok sendiri. Jangan di fikirkan sekarang, tapi fikirkan tentang apa yang akan terjadi untuk 10 tahun atau 20 tahun akan datang. Dokumentasi sebeginilah yang akan di jadikan sumber rujukan, tak kisahlah yang akan merujuknya nanti sekadar 5 atau 10 orang sahaja.

Sebenarnya ini adalah ulasan gua yang kedua untuk buku yang sama ini. Atas kedangkalan gua sebelum ini, ulasan yang pertama gua buat hilang begitu sahaja di telan monster IT. semasa gua menconteng-conteng untuk ulasan ini, sekarang sudah pun pukul 2 pagi kurang lebih, dan gua baru lepas tengok Charlies angel kat tv. Antara Charlies Angel dan DDT, di ibaratkan seperti awan biru dan tanah merah, tapi mereka ada persamaanya iaitu they never say never, paling kurang itu yang gua fahami selepas baca Aksi Reaksi 2 ni.
Untuk mendapatkan buku ini, boleh kontek Nervhous distro barangkali.


No comments:

Post a Comment